Pada mulanya, saya dan rakan saya menyediakan bahan- bahan yang diperlukan untuk membuat dacing seperti kertas, clip, tali halus, hanger dan sebagainya.
Kami mula membuat dacing dengan bahan yang disediakan.Kami menyambungkan kertas dan tali halus dengan menggunakan clip.
Kami membincang tentang bagaimana dacing yang perlu kami buat yang disuruh oleh En. Ahmad Zaini bersama.
Selepas itu, kami meletak dacing yang telah siap dibuat itu gantung di atas hanger.
Kami meletakkan dacing itu dengan seimbang supaya barang- barang yang diukur nanti lebih tepat.
Berkat kegigihan dan kerjasama kami semua, dacing kami telah disiapkan dalam masa 15 minit.
Kemudian, kami telah mengantung dacing kami di pintu kelas.
Saya dan rakan saya mula mengukur barang- barang yanh ditentukan oleh pensyarah.
Selepas mengukur, kami akan mengira berapa klip kertas yang telah digunakan untuk menentukan keberatan sesuatu barang.
Sebagai contoh, kami akan mengukur keberatan seutas gelung tangan dengan memperlihatkan berapakah klip kertas telah digunakan.
Selain itu, kami juga menggunakan duit syiling RM0.01 sebagai alat pengukur.
Salah seorang kawan akan bertanggungjawab untuk mencatat maklumat yang telah kami mengukur tadi.
Contoh: sebuah cellophane tape memerlukan 8 duit syiling untuk menyeimbangkan dacing itu.
Rakan- rakan lain akan mengutip balik duit syiling selepas mengukur bahan- bahan.
Rakan yang lain pula akan mengira berapa duit syiling yang telah kami gunakan.
Maklumat akan dicatatkan dalam sehelai kertas.
Bukan sahaja menggunakan klip kertas dan duit syiling, malah kami juga ada menggunakan kertas bulat sebagai alat pengukur.
Contoh: kami menggunakan kertas bulat untuk mengukur keberatan sehelai kertas.
Pengiraan diulangi.
Ini adalah alatan- alatan atau bahan- bahan yang telah kami gunakan tadi.
Ini adalah kawan- kawan sekumpulan. (Dari kiri: YUVANESWARY THAMBIRAJA, ASHWANI, CHAI HUI SHI, LIM ZHIA GEE, LOWOYON ELOD JIVIOL, CHAN KIN MUI, LIM AI WEN, FARAH FATIN )