UKURAN PANJANG
Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terawal diketahui nampaknya telah dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM di kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah Indus, dan mungkin juga di ElamParsi.
Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur.
Ukuran ialah proses menentukan saiz sesuatu kuantiti dalam unit yang telah ditakrifkan. Antara kuantiti yang boleh diukur ialah panjang, jisim, masa, luas, sudut dan lain- lain lagi. Panjang ialah jarak antara dua titik pada suatu garis lurus.
Unit ukuran panjang: 1cm= 10mm , 1m= 100cm , 1km= 1000m
Satu unit ukuran panjang boleh ditukarkan kepada unit ukuran panjang yang lain.
Ukuran ialah proses menentukan saiz sesuatu kuantiti dalam unit yang telah ditakrifkan. Antara kuantiti yang boleh diukur ialah panjang, jisim, masa, luas, sudut dan lain- lain lagi. Panjang ialah jarak antara dua titik pada suatu garis lurus.
Unit ukuran panjang: 1cm= 10mm , 1m= 100cm , 1km= 1000m
Satu unit ukuran panjang boleh ditukarkan kepada unit ukuran panjang yang lain.
Contoh ukuran panjang ialah kaki. Satu kaki ditakrifkan sebagai 12 inci atau 0.3048 meter. Terdapat tiga kaki dalam satu ela. Takrif ini merupakan kaki antarabangsa Inggeris yang asal. Kaki dilambangkan dengan satu tatatanda prima (umpamanya, 30′bermaksud 30 kaki) sedangkan inci dilambangkan dengan dua tatatanda prima. Oleh itu, 6′ 2″ bermaksud 6 kaki 2 inci. Bagaimanapun, tanda petikan tunggal sering digunakan sebagai ganti untuk kaki dan tanda petikan biasa untuk inci kerana kelihatan lebih kurang sama.
Kaki sebagai ukuran telah digunakan dalam hampir semua budaya dan biasanya dibahagikan dengan 12, walaupun kekadang kaki juga dibahagikan dengan 10 (jari-jari dan ibu jari tangan) atau 16 (jari-jari tangan dan kaki). Penggunaan kaki piawai pertama yang diketahui adalah dari Sumeria. Takrifnya diberikan di arca Gudea yang terletak di Lagash dan bertarikh di sekitar 2575 SM. Sesetengah ahli metrologi mengagak bahawa kaki United Kingdom disesuaikan daripada ukuran Mesir oleh orang Yunani, dengan kaki yang lebih panjang digunakan kemudian oleh orang Rom.
RUJUKAN
AKTIVITI- AKTIVITI YANG PERNAH LAKUKAN BERKAITAN DENGAN
UKURAN PANJANG
Kami diberi tugasan matematik untuk menganggar tangki IPRM. Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kumpulan kami terdiri daripada saya, CHAI HUI SHI, LIM ZHIA GEE, YUVANESWARY THAMBIRAJA dan JORAZLIN UBONG.
Pada hari Sabtu, pukul 10.30 pagi, saya dan rakan saya berkumpul di depan tangki dan berbincang tentang cara-cara yang kami hendak ambil untuk menganggar ketinggian tangki IPRM.
Selepas itu, rakan- rakan saya mengambil seutas tali yang panjang untuk mengukur bayang- bayang tangki.
Mereka mula berdiri di tempat- tempat yang sesuai untuk mengukur bayang- bayang dengan tali.
Seorang kawan saya mengambil hujung tali dan berdiri di hujung bayang tangki.
Kemudian, kami mengambil tali pendek yang lain untuk mengukur bayang kawan saya yang berbaju putih dan meletakkan tali tersebut bersamaan dengan bayang tangki.
Saya mengambil seutas tali pendek kedua yang lain untuk mengukur ketinggian kawan saya tersebut.
Akhirnya, kami mengumpulkan tali- tali yang telah digunakan dan mengukur panjang tali masing- masing. Kami juga menggunakan formula matematik yang diberi oleh pensyarah untuk mengira dan menganggar ketinggian tangki IPRM.
No comments:
Post a Comment